Sunday, December 19, 2010

Rase ngantuk dalam bilik kuliah.....cara atasinya..


CARA-CARA ATASI NYANTUK DALAM BILIK KULIAH/KELAS

Mesti ada di antara pelajar-pelajar kalau dalam bilik kuliah/kelas akan rasa nyantuk sangat-sangat,lebih-lebih lagi kalau subjek itu membosankan pelajar itu sendiri.Nak tak nak,sebagai pelajar terpaksa juga mengikuti pengajian dalam bilik kuliah.Jadi dalam blog PHM Sandakan kali ini,kami ingin berkongsi tip atau cara-cara mengatasi rasa nyantuk dalam bilik kuliah/kelas...

Tip-Tip :-
>>jangan tidur lewat mlm kalau tikda ade perkara penting...


>>sebelum masuk kelas ambik wuduk


>>minum banyak air, pastikan bawa air ke kelas or bilik kuliah


>>ambil supplement tmbah tenaga 


>>semasa mengantuk baca Al-fatihah n selawat dan sapukan ke muka beberapa kali


>>buat sedikit senaman


>>kalau dah tak tahan sangat pi tandas basuh muka... kalau berkesempatan ambik wuduk..




Sunday, December 5, 2010

BOOTH PHM SANDAKAN


PHM SANDAKAN telah membuka booth pameran di Dewan Serbaguna Beluran sempena PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN anjuran JABATAN TENAGA KERJA SABAH pada 4 Disember 2010 yang lalu.Staf yang terlibat dalam pameran ini ialah Fatimah,Hamsia,Fardly and hamzah dan perjalanan kami untuk ke Beluran dari Learning Center ialah lebih kurang 1 jam 1/2.Satu perjalanan yang tidaklah memenatkan tapi cukup jauh jugalaa.


Fardly,Fatimah,Hamsia and Hamzah

Pameran di Dewan Serbaguna Beluran ini telah berjalan dari pukul 8:00 pagi dan berakhir 3:00 petang dan ramai juga warga penduduk Beluran datang ke Program tersebut dan ada yang datang ke Booth kami untuk bertanyakan maklumat lebih lanjut lagi tentang Program Diploma Eksekutif yang ditawarkan UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM).


Warga Beluran ingin bertanyakan tentang Program UUM

Program anjuran JABATAN TENAGA KERJA SABAH ini amat berguna untuk kami sebagai platfom memperkenalkan lagi Program-Program Diploma Eksekutif UNIVERSITI UTARA MALAYSIA kepada warga Beluran khususnya dan Sandakan amnya.Ucapan ribuan terima kasih kepada warga Beluran yang sudi datang ke BOOTH kami dan tidak lupa kepada JABATAN TENAGA KERJA SABAH yang sudi menjemput kami menyertai Program ini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
middle