Sunday, November 3, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H



Salam Maal Hijrah 1435H

Melangkah ke tahun 1435 Hijrah adalah satu rahmat kerana Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan bagi menegakkan syiar Islam.Pengisian yang paling penting ialah kita menilai pencapaian setahun yang lalu dan merancang strategi terbaik bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah,sumbangan kepada kejayaan Islam dan negara, pembangunan ilmu dan kemahiran diri seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang hidup dalam negara ini. Tentulah penilaian ini amat berkait dengan perubahan diri kita sendiri.

Perubahan sentiasa berlaku.Umat yang berjaya dan cemerlang ialah umat yang mampu menghadapi perubahan,menyerap dan menguasai cabaran-cabaran berkenaan dengan seribu cara dan seribu daya.Kesungguhan dan keazaman untuk menguasai perubahan akan memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada orang yang telah mengecapinya.

Selamat Menyambut Hijrah/Awal Muharram

Semoga kedatangan tahun baru ini membawa kita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

Wednesday, August 21, 2013

Graduate Diploma in Early Childhood Education-AeU

Kenyataan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 31 Oktober 2012:

“…hanya 3% guru prasekolah di sektor swasta memperolehi kelayakan diploma atauijazah dalam pendidikan awal kanak-kanak…saya menyarankan para guru mempunyai sekurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak…Kerajaan akan sentiasa mengkaji bagaimana dapat membantu guru-guru merealisasikan aspirasi ini..."


DIPLOMA SISWAZAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK(AeU)

Permohonan masih dibuka untuk ambilan Oktober/November 2013

Anda berminat dalam bidang pendidikan?
DIPLOMA SISWAZAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Dibuka untuk ambilan Okt/Nov 2013
*Bantuan Kewangan: KWSP/PTPTN
*Kelas: Kuching,Kota Kinabalu,Sandakan,Lahad Datu dan Tawau.

Hubungi 089-271 277 untuk sebarang maklumat lanjut



Wednesday, July 24, 2013

Bachelor of Education(IIUM)


Interested to study at IIUM but don't want to leave your job and home? 
Now Bachelor of Education are available in Kota Kinabalu,Sandakan,Lahad Datu and Tawau.. 

For more information, please contact PHM at admin@phm.my or PM us on FB..

- next intake is September 2013.

Thursday, July 4, 2013

Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Ke-9 pada 6 Julai 2013



Satu tahun kugelumang buku
satu tahun memerah otakku
saat ini adalah nantiku
segak menyarung jubahku
bersama rakan yang lama menunggu,
saban purnama tidak ketemu,
setelah kau temui halatujumu

satu tahun kugelumang buku
satu tahun memerah otakku
terima kasih Tuhanku,
mengurnia afiat kepadaku
terima kasih wahai lilin ilmu
kerana cahayamu,aku disini bersama jubahku
terima kasih ayah dan ibu
kerana kasihmu,aku menatang takhta jayaku


satu tahun kugelumang buku
satu tahun memerah otakku
lalu tiga saat aku di situ
menyahut seruan pencinta ilmu
menyambut takhta jayaku
bersama sekuntum senyumku,bersama kristal berderai di pipiku...

Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA" 

SUKACITA dimaklumkan bahawa Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif boleh ditonton secara langsung pada 6 Julai 2013 (Sabtu), jam 8.00 pagi melalui pautan berikuthttp://uum.edu.my/index.php/en


Monday, July 1, 2013

SEMINAR ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

   

     PHM EDUCATION GROUP melalui anak syarikatnya PHM Borneo Education Sdn Bhd telah mengadakan satu Seminar Asas Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan kerjasama Asia e University (AeU)  di Bilik Kuliah Pusat Pembelajaran Sandakan pada 29 Jun 2013(Sabtu).
     Program ini mendapat sambutan yang luar biasa dari kalangan pengusaha Taska/Tadika,guru-guru pendidik pra-sekolah dan jugak orang awam.

Pendaftaran para peserta

Sambutan luar biasa dari peserta

Tayang video sebelum penceramah mengambil alih program

Bagi tumpuan






Tahniah



Sekalung TAHNIAH Pihak Pengurusan PHM EDUCATION GROUP ucapkan kepada semua bakal graduan Diploma Eksekutif Universiti Utara Malaysia(UUM) yang akan dianugerahkan segulung Diploma Eksekutif dalam Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Ke-9 pada 6 Julai 2013 ini yang diadakan di Dewan Muadzam Shah,UUM Sintok,kedah..

Seribu bunga indah berkembang, 
Harum semerbak memaut rasa; 
Ilmu pengetahuan luas terbentang, 
Dari bumi sampai ke angkasa. 

Haluan sarat banyak muatan, 
Nampak cahaya batu karang; 
Tuan ibarat permata intan, 
Di mana tercampak di situ terang.


Pengambilan Jubah

Pengambilan Jubah

Tarikh: 05 Julai 2013(Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 7.00 petang

Pemulangan Jubah

Tarikh: 06 Julai 2013(Sabtu)
Masa: 2.30 petang - 6.00 petang
Tempat : Dewan Tan Sri Othman(DTSO),UUM

Tarikh: 07 Julaiu 2013(Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
          (1.00 petang - 2.00 petang -rehat)
Tempat: Dewan Tan Sri Othman(DTSO),UUM


MAJLIS PENGANUGERAHAN DIPLOMA EKSEKUTIF KE-9 .UUM



MAJLIS PENGANUGERAHAN DIPLOMA EKSEKUTIF KE-9 

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA(UUM)

Tarikh: 06 Julai 2013(Sabtu)
Masa: 7.30 pagi - 1.00 petang

Tempat: Dewan Muadzam Shah,UUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
middle