Wednesday, July 24, 2013

Bachelor of Education(IIUM)


Interested to study at IIUM but don't want to leave your job and home? 
Now Bachelor of Education are available in Kota Kinabalu,Sandakan,Lahad Datu and Tawau.. 

For more information, please contact PHM at admin@phm.my or PM us on FB..

- next intake is September 2013.

Thursday, July 4, 2013

Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Ke-9 pada 6 Julai 2013



Satu tahun kugelumang buku
satu tahun memerah otakku
saat ini adalah nantiku
segak menyarung jubahku
bersama rakan yang lama menunggu,
saban purnama tidak ketemu,
setelah kau temui halatujumu

satu tahun kugelumang buku
satu tahun memerah otakku
terima kasih Tuhanku,
mengurnia afiat kepadaku
terima kasih wahai lilin ilmu
kerana cahayamu,aku disini bersama jubahku
terima kasih ayah dan ibu
kerana kasihmu,aku menatang takhta jayaku


satu tahun kugelumang buku
satu tahun memerah otakku
lalu tiga saat aku di situ
menyahut seruan pencinta ilmu
menyambut takhta jayaku
bersama sekuntum senyumku,bersama kristal berderai di pipiku...

Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA" 

SUKACITA dimaklumkan bahawa Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif boleh ditonton secara langsung pada 6 Julai 2013 (Sabtu), jam 8.00 pagi melalui pautan berikuthttp://uum.edu.my/index.php/en


Monday, July 1, 2013

SEMINAR ASAS PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

   

     PHM EDUCATION GROUP melalui anak syarikatnya PHM Borneo Education Sdn Bhd telah mengadakan satu Seminar Asas Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan kerjasama Asia e University (AeU)  di Bilik Kuliah Pusat Pembelajaran Sandakan pada 29 Jun 2013(Sabtu).
     Program ini mendapat sambutan yang luar biasa dari kalangan pengusaha Taska/Tadika,guru-guru pendidik pra-sekolah dan jugak orang awam.

Pendaftaran para peserta

Sambutan luar biasa dari peserta

Tayang video sebelum penceramah mengambil alih program

Bagi tumpuan






Tahniah



Sekalung TAHNIAH Pihak Pengurusan PHM EDUCATION GROUP ucapkan kepada semua bakal graduan Diploma Eksekutif Universiti Utara Malaysia(UUM) yang akan dianugerahkan segulung Diploma Eksekutif dalam Majlis Penganugerahan Diploma Eksekutif Ke-9 pada 6 Julai 2013 ini yang diadakan di Dewan Muadzam Shah,UUM Sintok,kedah..

Seribu bunga indah berkembang, 
Harum semerbak memaut rasa; 
Ilmu pengetahuan luas terbentang, 
Dari bumi sampai ke angkasa. 

Haluan sarat banyak muatan, 
Nampak cahaya batu karang; 
Tuan ibarat permata intan, 
Di mana tercampak di situ terang.


Pengambilan Jubah

Pengambilan Jubah

Tarikh: 05 Julai 2013(Jumaat)
Masa : 9.00 pagi - 7.00 petang

Pemulangan Jubah

Tarikh: 06 Julai 2013(Sabtu)
Masa: 2.30 petang - 6.00 petang
Tempat : Dewan Tan Sri Othman(DTSO),UUM

Tarikh: 07 Julaiu 2013(Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
          (1.00 petang - 2.00 petang -rehat)
Tempat: Dewan Tan Sri Othman(DTSO),UUM


MAJLIS PENGANUGERAHAN DIPLOMA EKSEKUTIF KE-9 .UUM



MAJLIS PENGANUGERAHAN DIPLOMA EKSEKUTIF KE-9 

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA(UUM)

Tarikh: 06 Julai 2013(Sabtu)
Masa: 7.30 pagi - 1.00 petang

Tempat: Dewan Muadzam Shah,UUM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
middle