Sunday, November 3, 2013

Salam Maal Hijrah 1435H



Salam Maal Hijrah 1435H

Melangkah ke tahun 1435 Hijrah adalah satu rahmat kerana Allah swt masih lagi memberi peluang kepada kita untuk meneruskan kehidupan dan perjuangan bagi menegakkan syiar Islam.Pengisian yang paling penting ialah kita menilai pencapaian setahun yang lalu dan merancang strategi terbaik bagi meningkatkan ketaqwaan kepada Allah,sumbangan kepada kejayaan Islam dan negara, pembangunan ilmu dan kemahiran diri seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat yang hidup dalam negara ini. Tentulah penilaian ini amat berkait dengan perubahan diri kita sendiri.

Perubahan sentiasa berlaku.Umat yang berjaya dan cemerlang ialah umat yang mampu menghadapi perubahan,menyerap dan menguasai cabaran-cabaran berkenaan dengan seribu cara dan seribu daya.Kesungguhan dan keazaman untuk menguasai perubahan akan memberi kepuasan yang tidak terhingga kepada orang yang telah mengecapinya.

Selamat Menyambut Hijrah/Awal Muharram

Semoga kedatangan tahun baru ini membawa kita untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
middle